Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 18 Oktober 2026
Data yang kami kumpul
Akaun: apabila anda log masuk dengan Google, kami menyimpan nama, alamat e-mel dan gambar profil anda. Kami tidak menyimpan kata laluan Google anda.
Jemputan: maklumat majlis yang anda masukkan (nama pasangan, tarikh, lokasi, gambar, aturcara, maklumat hadiah dan nombor untuk dihubungi).
RSVP tetamu: nama, status kehadiran, bilangan orang dan ucapan yang dihantar oleh tetamu. Data ini hanya boleh dilihat oleh pemilik jemputan.
Pembayaran: diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad anda.
Kuki dan Meta Pixel
Di laman utama, halaman maklumat, log masuk dan papan pemuka, kami menggunakan Meta Pixel (Facebook/Instagram) untuk mengukur keberkesanan iklan kami: lawatan halaman, pendaftaran akaun baharu dan pembelian Premium. Kami tidak menghantar nama, e-mel atau data jemputan anda kepada Meta.
Meta Pixel tidak digunakan pada halaman jemputan (pautan /e/…) yang dibuka oleh tetamu anda.
Anda boleh mengawal iklan yang dipaparkan kepada anda melalui tetapan iklan Facebook atau Instagram anda, atau dengan menyekat kuki pihak ketiga dalam pelayar.
Tempoh simpanan
Jemputan yang tamat tempoh tidak lagi dipaparkan kepada umum. Anda boleh meminta akaun dan data anda dipadam pada bila-bila masa.
Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data, hubungi kami melalui NikoZint.